Friday, August 27, 2010

posperyty plak..hasil daging burger homemade!!!

Bahan-bahan Utama
Roti Burger
Burger Daging yang di buat tadi..guna daging burger biasa pun boleh
Bawang Holland / bawang india bawang biasa pun ok..

Bahan Sos Lada Hitam
2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
1/2 cawan susu segar  ( susu cair pun ok)
2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
1 sudu sos tiram ( syura tak letak pun)
1 sudu mentega/ marjerin
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air ikut kepekatan yang anda nak
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
Tumiskan bawang besar hingga naik bau(.tak payah tunggu hingga bertukar warna) Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

Sumber membe FB-Midza Hashim

0 comments:

::.Contact Me.::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...